Monday, August 3, 2015

Sejarah

Pada pertengahan tahun 70 – an RISDA banyak mendirikan Pusat Memproses Getah Berkelompok  (PMGB ) yang kemudiannya ditukar nama kepada Pusat Pembangunan    Pekebun Kecil ( PPPK ). Terdapat  lebih kurang 32 buah pusat ini didirikan di seluruh Pulau Pinang /  Seberang Perai. Tujuan pembinaan pusat ini adalah untuk meningkatkan mutu  keping getah dan secara tidak langsung akan memberi pulangan harga yang lebih baik juga  menjalankan apa-apa aktiviti untuk  kebaikan   Pekebun Kecil di pusat ini. RISDA telah    menyediakan alat-alat  memproses keping getah seperti mesin getah, takung, baldi, timba, penapis, kemudahan air dan lain-lain lagi. Dari lebih kurang 32 buah pusat ini, ada beberapa pusat yang maju seperti PPPK Kampung Baru, Permatang Berangan, Kampung Tok Bedu, Air Melintas, Lubuk Meriam, Padang Chempedak, Jarak Atas dan Pokok Sena di Seberang Perai Utara. PPPK Kg Pelet, Guar Perahu, Padang Ibu, Bukit Indera Muda, Mengkuang dan Bukit Teh di  Seberang Perai Tengah. PPPK Sungai Kechil, Sungai Duri, Padang Lalang,  Junjung dan Tasek Chempedak di Seberang Perai Selatan.  PPPK Batu Maung, Kampung Seronok dan Permatang Pasir di Barat Daya.